Sejarah


SEJARAH PKG GOPENG


pejabat


- Pusat Kegiatan Guru Gopeng adalah salah sebuah daripada 50 buah PKG di Perak.

- Ia telah dibina pada bulan Januari 1991 di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Gopeng,Jalan Ilmu.

- Bagunan ini siap dibina pada bulan Jun 1991.

- Penyerahan kunci daripada kontaraktor kepada pihak Sekolah Kebangsaan Gopeng telah dilakukan pada 18 Jun 1991.

- Pada 8 hingga 19 Julai 1991, kajian Pelan PKG Gopeng telah dilakukanoleh Pengerusi PSS SK Gopeng untuk penempatan / susun atur perabot.

- Pada 22 hingga 27 Julai 1991,usaha pemindahan peralatan dan bahan telah dilakukan.

- Surat perlantikan sebagai Peyelaras PKG Gopeng telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( Bahagian Perjawatan ) pada 1 januari 1992.

- Dahulunya PKG Gopeng dikenali dengan nama Pusat Sumber Daerah zon 7 yang ditadbir oleh JPN/PPD.

- Atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia,pertukaran nama daripada Pusat Sumber zon 7 kepada Pusat Kegiatan Guru Gopeng telah dibuat pada tahun 1990.

- Pada bulan Januari 1996, apabila Unit Teknologi Pendidikan telah menjadi Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak ( PSPN Perak ),maka Peyelarasan PKG Gopeng telah diletakan dibawah bidang kuasa Ketua Penolong Pengarah (KPP) PSPN Perak.

- Mulai 2007, PKG Gopeng terletak dibawah bidang kuasa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak ( BTPN Perak) apabila PSPN Perak dijenamakan semula mengikut fungsi dan peranan Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ) di Kementerian Pelajaran Malaysia.