Friday, 24 February 2012

Pembestarian Sekolah


Apakah Pembestarian Sekolah?


Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam
pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P),
keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.
Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu
sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.
Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan
murid berkemahiran dalam bidang ICT.
Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran
akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).