UNTUK SEKOLAH KELOMPOK PKG GOPENG
Semua data SSQS sebelum 06 Julai 2012 dengan sendirinya terbatal oleh kerana server SSQS 2012 mengalami masalah teknikal yang serius. Mulai tarikh tersebut iaitu 06 Julai sehingga 16 Julai 2012 jam 12.29 tengah hari server tersebut dibaiki oleh Sektor AP dan Sektor BEST, BTP, KPM. Syukur pada Ilahi Yang Maha Agong Lagi Maha Bijaksana penuh sifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada jam 12.30 t/hari pada 16 Julai 2012, baru sistem kembali normal dan mantap dengan nombor "tagging" yang baru. Oleh yang demikian, pengisian mencapai 100% pada 01 hingga 06 Julai adalah terbatal dengan sendirinya. Maklumkan sekolah untuk mengisi kembali/semula dengan nombor "tag" yang baru dijanakan mulai 18 Julai 2012, Rabu mulai pagi dan tarikh "date line" yang baru bagi negeri Perak ialah 15 Ogos 2012.
Walaupun dalam sistem SSQS menyatakan tarikh mula pengisian bagi Zon Utara boleh mula diisi mulai 16 Julai 2012. Untuk memulakan pengisian bagi negeri Perak pada hari Rabu - 18 Julai 2012 bagi mengelakkan peristiwa "pisang berbuah dua kali".