Satu lagi berita baik untuk semua guru-guru di Malaysia, demi mengenang jasa guru-guru, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengumuman daripada Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013 yang memberikan kelebihan-kelebihan dan kenaikan kepada guru-guru yang telah menyambung pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda (Degree), Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd).
Diikuti juga beberapa perubahan dalam perkhidmatan pendidikan iaitu tiada lagi PPPLD dan PPPS ia telah disamakan di dalam satu skim iaitu Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP DG29 - DG54). Kenaikan pangkat juga ditambah kepada DG42 bagi guru yang sebelum ini telah berkhidmat di DGA29/DGA32 dan telah selesai menyambung pelajaran.
Untuk penjelasan lanjut sila baca pekeliling tersebut di bawah dengan teliti:
Sila Klik Link Dibawah
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp402013(1).pdf