Tuesday, 17 March 2015

KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH : BAHASA INGGERIS SK GOPENG JALAN ILMU

Demi melepaskan ketagihan untuk mengajar En. Norul Rizal Bin Abdul Rahim Pegawai Teknologi Pendidikan DG32 Hakiki telah secara sukarela menawarkan diri untuk mengajar Kelas Tambahan Cuti Sekolah Sekolah Kebangsaan Gopeng, Jalan Ilmu.

"Saya dah lama nak mengajar semula di sekolah kerana pada saya mengajar ini, satu kepuasan bagi saya" katanya. Setelah lima tahun bertugas di PKG, nampaknya beliau lebih merindui dunia sebenar seorang guru iaitu mengajar.

Untuk pengetahuan umum, beliau juga pernah terlibat secara langsung dalam ceramah motivasi untuk pelajar tahun 6 dan pernah membuat khidmat bantu Frog VLE dengan mengambil satu kelas selama sejam untuk mengajar menggunakan Frog VLE kepada murid-murid tahun 4 dan 5.