Monday, 15 August 2016

SENARAI NAMA MURID YANG BELUM ACTIVATE ID FROG VLE

Langkah-langkah:

1. Hanya admin sekolah yang boleh mendapatkan senarai.

2. Buka laman Frog VLE menggunakan kata laluan admin sekolah.

3. Klik Frog Drive.

4. Klik Application

5. Klik User 
- anda akan dapat lihat senarai murid dan ID.
- lihat pada colum Yes ID Activate (YES bermaksud telah activate)/(NO bermaksud belum activate).

6. Sila catatkan senarai murid belum activate pada borang yang disediakan. (Download borang).
-Jika semua murid telah activate, perlu juga menghantar borang dengan  dengan catatan "Semua ID telah Activate".

7. Sila hantar sebelum atau pada 5.00 petang 15 Ogos 2016 menggunakan hard copy atau emel soft copy ke pkg_gopeng@moe.gov.my

Sekian.

https://drive.google.com/open?id=0B6pwn1-PT7TAZk1IczNnRm5HWVE

Wednesday, 8 June 2016

MENGENALI LEBIH DEKAT : TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM, merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut (bahasa Inggeris:Sea Lines of Communications, SLOC) utama negara seperti Selat Melaka dan Selat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly. Kehadiran TLDM dapat dilihat di peringkat antarabangsa dalam operasi konvoi yang berterusan di Teluk Aden. Dari segi kekuatan kelengkapan dan keanggotaan, TLDM mempunyai keupayaan yang dikira setanding dengan kebanyakkan negara-negaraASEAN dan mempunyai tentera laut yang ketiga terbesar di dalam gabungan ini. Dengan kekuatan konvensional yang sederhana, TLDM masih masih memerlukan penambahan platform dan kapal-kapal lain untuk beroperasi pada tahap terbaik. Hanya dengan pemodenan berterusan akan memastikan TLDM terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi.











Malaysia GGK Commando : World's Deadliest Elite Special Forces

Ramai kita yang merasa selamat dan selesa menjalani kehidupan seharian. Namun tanpa kita sedari keselamatan dan keselesaan kita adalah hasil keringat mereka yang bertungkus lumus dalam mempertahankan kedaulatan dan menjaga keselamatan negara kita.

Marilah kita hargai jasa mereka..






Tuesday, 7 June 2016

IBUBAPA PERLU LEBIH TERBUKA MENERIMA SISTEM INI

SISTEM PENDIDIKAN JEPUN

Oleh En. Ow Yong Kean Guan, M.Ed. (Jepun)

Persatuan Pengurusan Pendidikan Malaysia
(Pakar Pendidikan Teknologi, SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang)

SEMASA saya berada di Jepun di bawah biasiswa Monbusho dan kerajaan Malaysia, selama 42 bulan, hampir tujuh tahun yang lepas - saya telah berpeluang bergaul rapat dengan beraneka lapisan masyarakat Jepun.

Peluang ini saya gunakan untuk memahami dengan lebih mendalam lagi sistem pendidikan dan gaya hidup orang Jepun serta mengapa mereka boleh menjadi kuasa ekonomi dunia dalam jangka masa pendek.

Pendidikan di Jepun adalah wajib untuk semua rakyat yang berumur antara enam hingga 15 tahun.

Sembilan tahun pendidikan wajib ini, meliputi enam tahun sekolah rendah dan tiga tahun sekolah menengah bawah.

Guru di Jepun dihormati dan dihargai dengan pemberian segala kemudahan.

Lebih-lebih lagi, guru sekolah rendah mungkin mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding dengan pensyarah universiti yang mula berkhidmat.

Semua guru sekolah rendah adalah berijazah dan sekiranya tiada (segelintir kecil sahaja), mereka digalakkan meneruskan pelajaran mereka.

Semua sekolah Jepun adalah satu sesi dan ini memang sesuai dengan iklim di sana.

Oleh itu, guru sekolah biasanya bekerja dari pagi hingga lewat petang.

Pada hari Ahad pula, ada guru yang terpaksa ke sekolah untuk membimbing pelajar dalam kegiatan sukan.

Dari segi luaran, sistem pendidikan Jepun tidak jauh berbeza dengan sistem pendidikan kita di sini.

Akan tetapi, sekiranya diteliti dengan lebih mendalam lagi, maka muncullah perbezaan-perbezaan kecil yang akhirnya boleh mengakibatkan satu perbezaan yang ketara.

Sekiranya murid itu terlalu kecil, umpamanya tahun satu, maka mereka akan dibawa ke sekolah oleh ibunya (kyoiku mama).

Mereka dikehendaki berjalan kaki ke sekolah atau mengambil pengangkutan awam.

Untuk murid yang lebih besar, mereka berbasikal ke sekolah.

Keinginan ibu untuk anaknya berjaya di sekolah amat ketara sekali, sehingga mereka dikenali sebagai kyoiku mama, yang bermaksud ibu pendidikan!

Kadangkala, terdapat ibu yang pergi ke kelas tuisyen yang sama dengan anaknya supaya dia boleh membimbing anaknya dalam pelajarannya.

Kerjasama antara ibu dan guru begitu rapat sehinggalah mereka bertanggung-jawab bersama atas keselamatan jalan raya dengan bertugas di tepi simpang jalan raya untuk memastikan bahawa murid sekolah melintas dengan selamat.

Disiplin sekolah boleh dikatakan ketat dan dijalankan tanpa ketakutan atau kecenderungan.

Kelas sekolah rendah dipecahkan kepada beberapa waktu dalam sehari. Setiap waktu adalah 45 minit. Waktu rehat sepanjang 10 hingga 20 minit dikhaskan antara waktu pengajaran.

Murid di sekolah rendah tidak disalurkan mengikut pencapaian akademik mereka. Ini adalah untuk mengurangkan lagi perbezaan antara kelas dan juga menghilangkan pra-sangka guru apabila mengajar kelas pandai berbanding dengan kelas lemah.

Dengan cara ini, kelas dipecahkan kepada kumpulan kecil di mana bukan sahaja murid lelaki dan perempuan dicampur dalam kumpulan yang sama, malah pencapaian akademik mereka sengaja dijadikan heterogenus.

Satu lagi keistimewaan ialah tidak ada ketua darjah yang tetap sepanjang tahun. Semua murid diberi peluang merasakan beban tanggung-jawab sebagai seorang ketua darjah.

Satu ciri istimewa sekolah rendah Jepun ialah walaupun terdapat dapur sekolah, tetapi tiada kantin sekolah! Murid dan guru makan dalam bilik darjah masing-masing.

Apa yang menarik ialah pengendalian, pengagihan, dan layanan makanan dilakukan seratus-peratus oleh murid kelas yang terbabit.

Pada waktu rehat makan, makanan yang siap dimasak di dapur sekolah oleh tukang masak (diupah oleh sekolah), dibawa ke kelas masing-masing melalui troli oleh wakil murid kelas.

Murid yang tinggal dalam kelas akan mengatur dan menyediakan kerusi meja untuk sesi makan.

Menu makanan diumumkan lebih awal lagi. Satu sampel makanan mesti disediakan dan dipamerkan di tempat khas. Ini adalah untuk membuat siasatan sekiranya terdapat makanan yang disyaki telah rosak atau murid diserang keracunan makanan.

Selain itu, sepanduk dan carta yang mencerminkan matlamat sekolah, kelas atau kumpulan sering dilihat di dalam bilik darjah mahupun di luar.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm#ixzz4Aqs1wbOv 
© Utusan Melayu (M) Bhd




Wednesday, 13 January 2016

BUDAYA DALAM PENDIDIKAN YANG KITA TINGGALKAN

Pada suatu masa dahulu (1940an - 1980an) budaya membersihkan sekolah sebelum memulakan sesi PdP adalah amalan yang menjadi kemestian di dalam sesi persekolahan. Ia amat sinonim dengan sekolah dan menjadi satu amalan resmi bagi semua pentadbir sekolah. Walaupun ia tidak diwartakan sebagai satu kurikulum di dalam mana-mana matapelajaran namun ia adalah sebahagian daripada budaya dan iklim di sekolah pada masa itu.

Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru juga staf bekerja dalam satu kumpulan.

Budaya Sekolah
Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."

Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes,and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel abouteach other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals andtraditions refelecting collaboration and collegiality".

Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka.

Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan. Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.

Namun bermula pada lewat 1990an masyarakat Malaysia berada di dalam keghairahan untuk mencapai status negara industri, menurut kajian bertajuk seperti di bawah:

Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah Oleh Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (2011) di dalam Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011
Petikan dari kajian tersebut:
"Pendidikan di Malaysia sekarang dikatakan tertumpu kepada usaha untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara industri. Maka sekolah yang dianggap sebagai agen pembudayaan menjadi suatu medan untuk mencapai matlamat ini. Namun sesetengah sekolah yang terlalu ghairah untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, terlampau berorientasikan kepada akademik."

Keghairahan ini telah mengakibatkan sesetengah ibubapa meminta budaya membersihkan sekolah oleh murid-murid dan guru diketepikan dan menganggap bahawa ia adalah budaya yang kolot dan perlu dibuang dari budaya dan iklim sekolah tersebut. 

Namun kita lupa sebuah negara yang kaya dan maju masih lagi mengamalkan apa yang kita amalkan berpuluhan tahun lalu dan mereka kekal menjadi sebuah negara yang maju malah menjadi contoh dalam melahirkan rakyat dan masyarakat yang pembersih dan rajin..