SEKOLAH-SEKOLAH PUSAT KEGIATAN GURU GOPENG
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Sekolah. Tempoh pelaksanaan penarafan bermula 1 Julai - 31 Julai 2012.
Adalah diharapkan agar tuan/puan dapat membawa bersama-sama instrumen SSQS yang telah siap diisi bagi melicinkan aktiviti perbengkelan. Instrumen SSQS boleh dimuat turun (KLIK DISINI). Sekiranya tuan/puan dapat menyelesaikannya secara atas talian (on line) sebelum sesi perbengkelan bermula, mohon dimaklumkan kepada Staf PKG Gopeng di talian 05-359 3443.