Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU
dan IMAN. 3 'l' ini ada lah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan
huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia
yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana
huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan
dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat
orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan
beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau
kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun
ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada
kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan
keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua
peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi.
Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap
kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia
sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru
bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning
keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem
pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan
berakhlak mulia.
Untuk mendapatkan Garis Panduan Cara Penggunaan Logo KPM Baharu yang betul di kepala surat dan sebagainya, sila klik link dibawah untuk penerangan terperinci:
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003200.pdf