Thursday, 10 April 2014

PENGISIAN DATA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Pengetua-Pengetua
Guru-Guru Besar
Guru Data/Admin SPS Sekolah
Sekolah-sekolah Daerah Kinta Selatan

Tuan,

Kami di Pusat Kegiatan Guru Kinta Selatan ingin mengingatkan semua pihak sekolah-sekolah di daerah Kinta Selatan untuk menyelesaikan pengisian data SPS bagi semua elemen yang diminta sebelum atau pada 20 April 2014.

Tindakan akan diambil oleh pihak BTPN Perak kepada semua pentadbir sekolah yang gagal menyelesaikan pengisian data tersebut.

Diperingatkan data murid dan guru perlu diisikan mengikut bilangan sebenar kerana pihak kami telah mengesan terdapat sekolah yang tidak mengisi bilangan murid dan guru mengikut jumlah yang sebenar.

Sekian terima kasih..