Menara 1BRIS – Apa Sekolah Patut Tahu ?
Mesyuarat NKEA CCI yang telah diadakan pada 7 Jun 2012, pihak SKMM telah membangkitkan isu ketidakpatuhan pihak YTL dalam membuat pemasangan struktur 1BRIS di sekolah-sekolah di bawah projek 1BestariNet. Pihak SKMM juga telah menerima laporan secara rasmi mengenai perkara ini dari beberapa buah negeri. Di antara aduan yang diterima adalah mengenai tatacara pemasangan struktur yang tidak mengikut prosedur dan tidak mengambil kira faktor keselamatan di kawasan sekolah.
Pembinaan struktur 1BRIS ini adalah tertakluk kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan [PBT) di setiap negeri dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Pembinaan tanpa kelulusan PBT adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pihak kontraktor YTL perlu menghormati dan mematuhi prosedur sedia ada bila berada di dalam kawasan sekolah. Perbincangan dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri serta pentadbir sekolah hendaklah dibuat sebelum memulakan kerja pembinaan bagi perkara yang boleh menimbulkan keraguan.
sumber: BTPN Selangor
sumber: BTPN Selangor